Site icon TechNave BM

vivo Y22s dilancar di Malaysia: SD 680, bateri 5,000mAh dan kamera utama 50MP berharga RM999

vivo Malaysia mengumumkan keluaran vivo Y22s di Malaysia sebagai telefon segmen pertengahan. Berikut adalah spesifikasi dan butiran telefon pintar tersebut.

Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 bersama RAM 8GB dengan tambahan RAM maya sehingga 8GB dan storan 128GB. Ia dilengkapi bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, skrin LCD IPS 6.55 inci dengan resolusi HD+ dan kamera swafoto 8MP yang ditempatkan dalam takuk titisan air (waterdrop notch).

Ia mempunyai dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8 bersama lensa makro 2MP. Daripada segi perisian, ia menggunakan FuntouchOS 12 berdasarkan Android 12 dan menyokong Mod Game Ultra untuk pengalaman gaming yang lebih baik. 

Ciri lain termasuk Multi-Turbo 5.5, sensor cap jari di bahagian sisi, Face Wake, kalis air IPX4, kalis habuk IP5X dan banyak lagi. Di Malaysia, Y22s boleh didapati dalam pilihan warna Summer Cyan dan Starlit Blue untuk varian 8/128GB pada harga RM999

Di bawah adalah spesifikasi ringkas vivo Y22s:

Telefon pintar ini boleh dibeli di mana-mana kedai konsep vivo, pengedar sah, e-stor rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version