Site icon TechNave BM

vivo Y27s dilancar di Malaysia: Snapdragon 680, skrin Full HD+ 90Hz, cas pantas 44W bermula RM799

vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu vivo Y27s. Telefon ini dilengkapi segala spesifikasi dan fungsi yang boleh dijangka untuk telefon pada kategori harga ini, seperti saiz skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, bateri besar dan pengecasan pantas.

Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam Burgundy Black dan hijau Garden Green. Badannya mempunyai rating kalis air IP54, jadi anda tidak perlu risau jika ia terkena percikan air.

Telefon ini mempunyai saiz skrin 6.64 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz untuk penggunaan yang lancar. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 680 4G, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD.

Baterinya berkapasiti besar iaitu 5,000mAh yang sudah standard untuk telefon kelas permulaan pada waktu ini. Lebih menarik adalah bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 44W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V27s:

vivo Y27s akan mula dijual di Malaysia pada 25 November 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version