vivo telah melancarkan model terbaharu dalam siri Y29 iaitu vivo Y29s 5G yang kini disenaraikan pada laman web global vivo. Peranti ini menampilkan skrin LCD 6.74 inci dengan takuk titisan air, resolusi 1600 x 720 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 570 nits.
Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6300 yang dibina dengan proses 6nm, RAM LPDDR4X 8GB dan storan eMMC 5.1 sebesar 256GB yang boleh diperluas sehingga 2TB melalui kad microSD. vivo Y29s 5G menawarkan dwi kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor tambahan 0.08MP serta kamera swafoto 5MP.
Baterinya berkapasiti 5,500mAh menyokong pengecasan 15W dan pengimbas cap jari dipasang di sisi serta menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Pilihan sambungan termasuk Wi-Fi (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5.4, USB Type-C dan GPS.
Menariknya, ia turut menawarkan penarafan IP64 untuk kalis habuk, air serta jatuhan bertaraf SGS dan gred ketenteraan. Harga untuk vivo Y29s 5G belum diumumkan tetapi ia akan tersedia dalam konfigurasi 8/256GB dengan pilihan warna Titanium Gold dan Jade Green.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y29s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

