Site icon TechNave BM

vivo Y29t dilancar di Malaysia: Bateri 6,000mAh, cipset Dimensity 6300 bermula RM899

vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan baharu iaitu vivo Y29t yang dijual pada harga RM899. Walaupun dengan harga yang murah, ia masih dilengkapi spesifikasi dan fungsi yang canggih untuk kegunaan harian.

Ia mempunyai skrin LCD berukuran 6.74 inci dengan resolusi 720p, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 570 nits. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6300, RAM LPDDR4X 6GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Ia turut dilengkapi bateri 6,000mAh yang menyokong kadar pengecasan 15W. Kameranya pula terdiri daripada kamera belakang 50MP+0.8MP, serta kamera hadapan 5MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y29t:

vivo Malaysia masih belum menyenaraikan harga telefon ini dalam laman webnya, namun ia boleh dibeli melalui pelan pascabayar oleh pihak telekomunikasi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version