Site icon TechNave BM

vivo Y31s dilancar: Telefon pertama dengan Snapdragon 480 5G berharga ~RM1,063

vivo telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu vivo Y31s yang merupakan telefon pintar pertama dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 480 5G. Ia akan dijual pada harga CN¥1,698 (~RM1,063) bermula 15 Januari di China.

Telefon ini menampilkan skrin LCD IPS 6.58 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 90Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.61%. Daripada segi memori pula, ia mempunyai RAM 6GB dan storan 128GB manakala untuk bateri pula ialah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

vivo Y31s mempunyai bonggol kamera petak mirip vivo X50, di mana ia terdiri daripada kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP dan lampu kilat LED, manakala kamera swafoto 8MP pula berada dalam takuk (notch) berbentuk titisan air di atas skrin.

Seperti telefon kelas pertengahan lain, ia mempunyai bicu audio 3.5mm dan sensor-sensor asas manakala sistem operasinya pula adalah Funtouch OS 10.5 berdasarkan Android 11. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayfulDroid

Exit mobile version