Site icon TechNave BM

vivo Y33s 5G dilancar: Dimensity 700, LCD 6.51″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM860

Ogos lalu, vivo mengumumkan Y33s dengan cipset Helio G80 dan hari ini syarikat itu telah melancarkan versi 5Gnya yang dikuasakan oleh cipset Dimensity 700. vivo Y33s 5G menggunakan antara muka OriginOS Ocean berasaskan Android 12 dan mempunyai tiga pilihan memori iaitu 4GB+128GB, 6GB+128GB dan 8GB+128GB.

Ia juga mempunyai slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 1TB. Y33s 5G miliki paparan LCD 6.51 inci dengan takuk titisan air (waterdrop) untuk kamera swafoto 8MP dan bahagian belakangnya terdapat kamera utama 13MP bersama kamera makro 2MP.

Telefon pintar ini mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan memuatkan bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan 18W melalui port USB-C. Spesifikasi ini mungkin terdengar biasa kepada anda kerana vivo Y33s 5G bukanlah telefon pintar baharu sepenuhnya.

Ia adalah versi vivo Y55 5G yang diumumkan pada bulan Januari lalu dengan paparan yang lebih kecil, resolusi skrin yang lebih rendah dan kamera yang berbeza. vivo Y33s 5G hadir dalam tiga pilihan warna. Varian asas dengan 4+128GB berharga CNY1,299 (~RM860) manakala varian 8+128GB berharga CNY1,599 (~RM1,060).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version