Site icon TechNave BM

vivo Y33s dilancar di Malaysia: RAM 8GB+4GB, bateri 5,000mAh, cipset Helio G80 berharga RM999

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru iaitu vivo Y33s yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti bateri besar 5,000mAh, pengecasan pantas 18W, tiga kamera dan rekaan yang menawan.

vivo Y33s ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam Mirror Black dan putih Midday Dream manakala badannya mempunyai ketebalan 8.0mm serta berat 182 gram sahaja. Di hadapan, ia mempunyai skrin 6.58 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.6% dan gamut warna NTSC 96%.

Satu ciri yang menarik pada telefon ini adalah teknologi Extended RAM 2.0, di mana ia boleh menggunakan 4GB daripada storan dalamannya untuk dijadikan sebagai RAM tambahan kepada RAM asal 8GB. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y33s:

Telefon ini boleh dipra-tempah bermula hari ini hingga 10 September 2021 di laman web vivo Malaysia, Lazada atau Shopee. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM329 termasuklah beg, jaminan selama setahun, perlindungan skrin retak selama setahun dan kad Netflix Gift bernilai RM55.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y33s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version