Site icon TechNave BM

vivo Y33T bakal dilancar: Tampilkan cipset Snapdragon 680, kamera 50MP & bateri 5,000mAh

Siri ‘That’s Y’ kali ini merupakan telefon pintar vivo Y33T yang akan dilancarkan pada 1 April 2022 di Malaysia. Pelancaran akan berlangsung melalui strim langsung di enam platform iaitu di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia, Twitter, YouTube, Tiktok serta kedai rasmi vivo Malaysia di Lazada dan Shopee.

vivo Y33T dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 dengan storan 128GB dan RAM 8GB. Ia menampilkan kamera belakang 50MP menghasilkan imej resolusi tinggi dengan cantik. Ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan vivo Energy Guardian (VEG) untuk meningkatkan hayat bateri.

Ia membawa reka bentuk bergaya dengan prestasi yang baik kepada pengguna. vivo Y33T hadir dalam varian warna Starry Gold, Midday Dream dan Mirror Black. Nantikan di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia untuk lebih banyak butiran mengenai vivo Y33T.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version