Site icon TechNave BM

vivo Y33T dilancar di Malaysia: SD 680, skrin LCD 6.58”, bateri 5,000mAh berharga RM999

Selepas dilancarkan di India pada Januari lalu, vivo Y33T secara rasmi telah diumumkan dalam pasaran Malaysia. Pelancarannya untuk pasaran Malaysia dibuat melalui siaran langsung Facebook yang dibuat oleh vivo Malaysia pada 1 April.

vivo Y33T dilengkapi cipset Snapdragon 680, RAM 8GB, storan 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD dan tambahan RAM maya sehingga 4GB. Skrinnya menggunakan paparan LCD FullHD+ 6.58 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia hadir dengan antara muka Funtouch OS 12 berasakan Android 12.

Bahagian belakang vivo Y33T mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada unit makro 50MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 16MP. vivo Y33T mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan mempunyai kapasiti bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Y33T berharga RM999 dan boleh dibeli di kedai atas talian rasmi vivo, Lazada, Shopee dan pengedar sah mereka di seluruh Malaysia. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Mirror Black dan Midday Dream.

Adakah anda berminat dengan vivo Y33T? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version