Site icon TechNave BM

vivo Y33T dilancar: Snapdragon 680, skrin LCD 6.58”, bateri 5,000mAh berharga ~RM1,080

vivo telah melancarkan Y21T awal bulan ini yang merupakan Y21 yang dijenamakan semula dengan cipset yang berbeza. Beberapa hari kemudian, ia memperkenalkan Y21T dengan paparan yang lebih besar, kadar penyegaran yang lebih tinggi dan RAM-nya dikurangkan untuk pasaran India. Kini syarikat itu mengembangkan lagi telefon pintar Siri Y dengan Y33.

vivo Y33T sebenarnya adalah versi Y21T India dengan jumlah RAM yang lebih banyak iaitu 8GB + 4GB (maya), kamera swafoto 16MP dan skrin LCD FullHD+ 6.58 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia turut dilengkapi cipset Snapdragon 680, Funtouch OS 12 dan storan 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD.

vivo tidak menyebut versi Android pada Y33T, tetapi kami menganggap ia beroperasi menggunakan Android 11 seperti Y21T. Selain itu, vivo juga mempromosikan bahawa vivo Y33T sebagai telefon pintar berkuasa Snapdragon 680 pertama di India dalam laman web rasminya. Ia mempunyai tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Mirror Black dan Midday Dream.

Panel belakang vivo Y33T memaparkan sistem kamera yang terdiri daripada unit makro 50MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP. vivo Y33T mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan mempunyai kapasiti bateri 5,000 mAh yang dicas melalui port USB-C sehingga 18W. Y33T berharga INR18,990 (~RM1,080).

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version