Site icon TechNave BM

vivo Y36 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, RAM 16GB dan pengecasan 44W berharga RM1,099

Hari ini, vivo telah melancarkan vivo Y36 5G di Malaysia membawa ciri-ciri telefon kelas pertengahan yang cukup memuaskan. Apakah yang anda perlu tahu mengenai telefon pintar baharu vivo ini?

Telefon pintar ini membawa cipset MediaTek Dimensity 6020 7nm 5G bersama RAM 8GB + RAM yang boleh dikembangkan sehingga 8GB menjadikan jumlah keseluruhan RAM 16GB. Seperti kebanyakan telefon pintar kelas pertengahan, ruang storannya adalah standard sebanyak 256GB.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 44W. Anda tidak perlu tunggu terlalu lama sekiranya kehabisan bateri kerana kuasa bateri meningkat sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Anda juga tidak perlu risau untuk penggunaan yang lama kerana ia mempunyai kalis air IPX4 dan habuk IP5X serta kalis calar. Dengan reka bentuk yang minima dan kelihatan premium, anda boleh dapatkan vivo Y36 5G dalam warna Semporna Green dan Mystic Black. Telefon ini agak nipis berukuran 8mm dan seringan 190g.

Beralih kepada bahagian hadapan peranti, ia menampilkan paparan berukuran 6.64 inci bersama kamera swafoto 16MP. Di bahagian belakang pula membawa dwi-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50mp dan kamera bokeh 2MP. Dengan audio booster, audio ditingkatkan sehingga 200% untuk kejelasan audio terutamanya dalam suasana bising.

Ini merupakan spesifikasi ringkas vivo Y36 5G:

vivo Y36 5G dilancarkan pada harga RM1,099 serta boleh didapati di kedai sah vivo. Adakah anda berminat dengan vivo Y36 5G ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version