Site icon TechNave BM

vivo Y36i 5G dilancar: Skrin 90Hz, bateri 5,000mAh, cipset Dimensity 6020 bermula ~RM780

vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan yang terbaharu di China iaitu vivo Y36i 5G. Telefon ini dilengkapi skrin LCD berukuran 6.56 inci dengan resolusi HD+ (720p) dan kadar segar semula 90Hz untuk pengalaman menatal (swiping) yang lebih lancar.

Kecerahan puncak skrin ini sekadar 840 nits sahaja, bermaksud ia sukar digunakan bawah cahaya matahari terik kerana silau. Di bahagian atas skrin pula terdapat sebuah kamera swafoto 5MP dalam takuk berbentuk titisan air.

Telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu ungu, kuning dan hitam. Ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi, port USB-C dan bicu audio 3.5mm, manakala di bahagian belakang pula terdapat kamera utama 13MP dan satu lagi kamera yang tidak diperincikan.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6020 yang menyokong rangkaian 5G, RAM 4GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan kadar pengecasan 15W sahaja. Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka OriginOS 3.0.

Buat masa ini, vivo Y36i dijual di China pada harga bermula CNY1,199 (~RM780) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo China

Exit mobile version