Site icon TechNave BM

vivo Y50t dilancar, dilengkapi Snapdragon 720G, skrin LCD 6.53 inci, 3 kamera berharga ~RM915

vivo telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan di China iaitu vivo Y50t yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 720G dan skrin LCD berukuran 6.53 inci dengan resolusi Full HD+.

Daripada segi memori, ia dilengkapi RAM 8GB yang boleh dinaikkan kepada 12GB dengan fungsi RAM maya bernama Fusion, di mana vivo Y50t akan menggunakan sebahagian daripada storan dalaman untuk dijadikan RAM. Storannya pula mempunyai kapasiti 128GB dan boleh dibesarkan dengan kad microSD.

Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 18W, di mana pengecasnya turut disertakan dalam kotak. Ia mempunyai perisian OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11, menyokong hubungan Bluetooth 5.0 dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

vivo Y50t akan dijual pada harga CNY1,399 (~RM915) di China dan setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo China

Exit mobile version