Site icon TechNave BM

vivo Y51 dilancar: Snapdragon 665, 3 kamera 48MP, 5000mAh berharga ~RM1,037

Terkini, vivo telah melancarkan vivo Y51 terbaru di pasaran Indonesia. Peranti ini ditawarkan dengan spesifikasi berbeza berbanding vivo Y51 generasi terdahulu (tahun 2015) atau vivo Y15 yang dilancar pada September lalu di pasaran China.

Antara spesifikasi menarik pada vivo Y15 di Indonesia ini adalah bateri yang lebih besar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W dan tiga kamera 48MP dengan ciri Night Camera. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Sekali imbas, peranti ini kelihatan seperti siri vivo V20 yang dilancar di pasaran Malaysia. Apa pun, vivo Y15 ini dijual di pasaran Indonesia pada harga 3,599,000 Rupiah (~RM1,037).

Apakah pandangan anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version