Site icon TechNave BM

vivo Y51s dilancarkan di China: Exynos 880 5G, bateri 4500mAh berharga ~RM1,092

Rangkaian 5G mungkin masih tidak meluas di Malaysia, namun keadaan adalah sebaliknya di pasaran China. Terkini, vivo telah melancarkan satu lagi peranti kelas pertengahan 5G di China, vivo Y51s dengan cipset Exynos 880 5G.

vivo Y51s hadir dengan skrin LCD FHD+ 6.53 inci. Reka bentuknya juga memperlihatkan bezel yang agak nipis dengan rekaan skrin berlubang (punch hole). Antara salah satu spesifikasinya yang menarik adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Untuk aspek kamera pula, peranti ini dilengkapi tetapan tiga kamera 48MP + 2MP (sensor kedalaman) + 2MP (lensa makro) dan kamera swafoto 8MP. Anda boleh merakam video dengan kualiti sehingga 4K.

vivo Y51s hadir dengan varian RAM 6GB dan ROM 128GB yang berharga 1798 Yuan (~RM1,092) di China. Seatakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaan peranti ini di Malaysia.

Adakah anda pengguna vivo? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version