Site icon TechNave BM

vivo Y53s 5G dilancar: Snapdragon 480, skrin FHD+ 90Hz, dwi-kamera 64MP bermula ~RM1,160

vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru untuk pasaran China iaitu vivo Y53s 5G. Telefon ini dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.58 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Ia dilengkapi cipset kelas permulaan yang menyokong rangkaian 5G iaitu Snapdragon 480 5G, RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Daripada segi kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 64MP dan kamera makro 2MP yang mempunyai jarak fokus 4cm, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 8MP.

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan di bahagian sisi yang turut berfungsi sebagai butang kuasa. Ia turut dilengkapi bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W serta perisian OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11.

vivo Y53s 5G dijual di China pada harga bermula CNY1,799 (~RM1,160) untuk varian 8GB+128GB manakala varian 8GB+256GB pula dijual pada harga CNY1,999 (~RM1,290). Ia akan mula dijual di China pada 11 Jun dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Siri vivo Y terbaru di Malaysia setakat ini adalah vivo Y20s G yang dilancar pada awal bulan Mei 2021 dan dilengkapi cipset Helio G80 dan bateri 5,000mAh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version