Site icon TechNave BM

vivo Y53s dilancar: Cipset Helio G80, bateri 5,000mAh, kamera 64MP,berharga ~RM1,272

Pada bulan lalu, vivo telah melancarkan vivo Y53s 5G yang menggunakan cipset Snapdragon 480. Kini, mereka melancarkan versi 4G pula di Vietnam. vivo Y53s 4G ini dilengkapi beberapa spesifikasi menarik termasuklah bateri 5,000mAh dan kamera tri 64MP.

vivo Y53s ini mempunyai dimensi 164 x 75.46 x 8.38mm dengan berat 190g. Ia menggunakan skrin 6.58 inci IPS LCD FullHD+ dengan takuk titisan air. Peranti ini menggunakan perisian Android 11 dengan antara muka FunTouch OS 11.1.

Peranti ini hadir dengan RAM 8GB (tambahan RAM 3GB) dan storan 128GB bersama cipset Helio G80. Tambahan lagi, vivo Y53s mempunyai sensor cap jari sisi atas butang kuasa dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Untuk kamera pula, ia akan menggunakan kamera swafoto 16MP, kamera utama 64MP, sensor kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP. Peranti ini juga menyokong dua SIM, Bluetooth 5.0, GPS dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

vivo Y53s dilancar di Vietnam dengan tanda harga VND 6,990,000 (~RM1,272). Ia ditawarkan dengan dua warna iaitu Black Green dan Blue Purple.

Nantikan kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version