Site icon TechNave BM

vivo Y55 5G dalam penyenaraian Geekbench, miliki cipset Dimensity 700 dan RAM 8GB

Kini, sebuah peranti vivo yang akan datang telah ditemui di penyenaraian Geekbench. Menurut laporan oleh mysmartprice, vivo sedang membangunkan telefon vivo Y55 5G dengan nama kod vivo V2127 di pangkalan data IMEI. Telefon pintar ini hadir dengan beberapa spesifikasi utama.

Penyenaraian Geekbench menyatakan bahawa vivo V2127 dikuasakan oleh ARM MT6833V/ZA yang juga merupakan cipset MediaTek Dimensity 700 yang dilengkapi dengan enam teras CPU beroperasi pada 2.00GHz dan dua teras lain pada 2.20GHz.

V2127 di pangkalan data IMEI
V2127 di penyenaraian Geekbench

Penyenaraian itu mendedahkan bahawa peranti ini akan mempunyai RAM 8GB dan menggunakan Android 12. Untuk pasaran di China, ia akan hadir dengan UI OriginOS manakala UI FunTouchOS untuk pasaran global. Peranti ini memperoleh 430 mata dalam ujian teras tunggal Geekbench dan 1438 mata dalam ujian berbilang teras.

Kami masih menunggu maklumat lain mengenai vivo V55 5G dari segi reka bentuk dan spesifikasi lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version