Site icon TechNave BM

vivo Y55 5G diumum, miliki Dimensity 700, skrin 6.58″ dan bateri 5,000 mAh berharga ~RM1,200

Bulan lepas vivo telah melancarkan telefon pertamanya dengan bateri 6,000 mAh iaitu Y55s 5G dan kini peranti dengan spesifikasi yang sama telah sampai ke Taiwan walaupun dengan bateri yang lebih kecil sedikit iaitu berkapasiti 5,000mAh.

vivo Y55 5G mempunyai LCD lubang tebuk 6.58 inci beresolusi FHD+ dan kamera swafoto 8MP. Di bahagian belakang, telefon ini mempunyai kamera utama 50MP bersama dua modul kamera 2MP untuk tangkapan makro dan sensor kedalaman.

Selain itu, ia dilengkapi MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB, storan 128GB, Funtouch OS 12 beroperasi atas Android 11 dan pengecasan USB-C pada kadar 18W. vivo Y55 5G hadir dalam warna hitam dan biru. Ia bernilai NTD 7,990 (~RM1200). Ketersediaannya untuk pasaran antarabangsa belum lagi diberitahu.

Adakah anda berminat dengan peranti vivo unik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version