Site icon TechNave BM

vivo Y55s 5G dilancar, dilengkapi bateri terbesar dalam telefon vivo berharga ~RM1,130

vivo telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo Y55s 5G yang dilengkapi bateri terbesar dalam sejarah peranti vivo, iaitu dengan kapasiti 6,000mAh. Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 18W.

Selain daripada itu, vivo Y55s 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan skrin LCD Full HD+ berukuran 6.58 inci yang menempatkan kamera swafoto 8MP dalam takuk (notch).

Untuk kamera di belakang pula, ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP. Telefon ini akan dijual pada harga CNY1,699 (~RM1,130) di China dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Adakah anda berminat dengan peranti vivo unik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo China

Exit mobile version