Baru-baru ini, vivo telah memperkenalkan telefon pintar siri Y baharu iaitu vivo Y71t di pasaran China. Ia dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 810, paparan AMOLED 6.44 inci dengan resolusi Full HD+, beroperasi menggunakan Android 11 dan pengecasan pantas 44W.
Bahagian skrin hadapan telefon ini mempunyai reka bentuk titisan air (waterdrop) yang menempatkan kamera swafotonya beresolusi 16MP. Peranti ini juga menggunakan pengimbas cap jari dalam paparan dan kadar penyegaran semula 60Hz. Kontrasnya cukup baik dengan nisbah 3000000: 1.
Panelnya mempunyai nisbah aspek 20 + 9 dan nisbah skrin-ke-badan 90.1 peratus. vivo Y71t menggunakan paparan antara muka OriginOS 1.0 yang beroperasi atas Android 11. Jika ianya tiba untuk pasaran global, maka kita boleh menjangkakan ia bakal menggunakan paparan antara muka FuntouchOS 11.
Peranti ini hadir dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB dan dilengkapi dengan dua buah kamera pada bahagian belakang yang merangkumi kamera utama 64MP serta lensa ultra-lebar 8MP. Y71t mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44 W.
Daripada segi sambungan, peranti ini mempunyai sokongan dw-SIM, 5G, 4G, VoLTE, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, GPS, bicu audio 3.5 mm dan port USB-C. Peranti ini juga dilengkapi dengan sokongan kad SD mikro dan pilihan buka kunci melalui pengimbasan muka. vivo Y71t hadir dalam dua warna iaitu Mirage dan Midnight Blue.
Bagi harganya pula, varian 8GB + 128GB berharga sekitar CNY 1,799 (~RM1,170) manakala 8GB + 256GB berharga CNY 1,999 (~RM1,299). Namun, masih belum ada perincian mengenai ketersediaannya utuk pasaran global.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

