Site icon TechNave BM

vivo Y73 dilancar : Cipset Mediatek Helio G95, kamera 64MP, harga bermula ~RM1,183

Semalam, vivo telah melancarkan telefon pintar vivo Y73 untuk pasaran India. Peranti ini hadir dengan beberapa spesifikasi menarik termasuklah cipset Mediatek Helio G95, kamera 64MP dan pengecasan pantas 33W. Untuk pengetahuan anda, vivo Y73 adalah telefon pintar dari siri Y yang paling berkuasa.

Antara kelebihan yang ada pada peranti ini adalah saiznya yang nipis dan ringan. Ia mempunyai ketebalan 7.38mm dan berat 170g sahaja. Berikut adalah spesifikasi penuh vivo Y73.

vivo Y73 dijual di India bermula 12 Jun ini dengan harga INR 20,990 (~RM1,183). Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Diamond Flare dan Roman Black.

Adakah anda berminat dengan vivo Y73? Beritahu kami di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version