Site icon TechNave BM

vivo Y73 disahkan, akan dilengkapi 3 kamera dan corak belakang menarik

vivo telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar vivo Y73 dalam masa terdekat. Pengumuman tersebut ditulis dalam sebuah ciapan oleh pengarah strategi penjenamaan vivo India, Nipun Marya.

Berdasarkan gambar tersebut, vivo Y73 akan dilengkapi tiga kamera, di mana satu kamera mempunyai saiz lensa yang lebih besar berbanding dua kamera lagi. Bonggol kameranya juga nampak serupa dengan kamera telefon andalan vivo X60.

Spesifikasinya masih belum disahkan, namun terdapat laporan mengatakan ia mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G95, skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.44 inci dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia bakal mempunyai RAM 8GB yang boleh dibesarkan dengan fungsi Extended RAM dalam vivo X60 dan vivo V21, di mana ia mengambil kapasiti 3GB daripada storan dalaman untuk dijadikan RAM.

Telefon ini juga dilaporkan akan dilengkapi bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 16MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y73 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version