Site icon TechNave BM

vivo Y75 dilancar: Helio G96, AMOLED 6.44″, cas pantas 44W bermula ~RM1,185

Pada awal tahun ini, vivo telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y75 5G dan kini mereka melancarkan varian 4G pula di India yang bernama vivo Y75.

vivo Y75 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.44 inci dengan resolusi FullHD+ (1080×2400) dan turut menempatkan pengimbas cap jari dalam skrin. Untuk spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G96, storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori dan RAM 8GB yang boleh dibesarkan dengan RAM maya tambahan sebanyak 4GB.

Baterinya berkapasiti 4,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W. Untuk sistem operasi pula, ia mempunyai Funtouch 12 berdasarkan Android 12. Ia juga menyokong hubungan Bluetooth 5.2 dan dwi-kad SIM hibrid (nano + nano/microSD).

Ditawarkan dalam warna Dancing Waves dan Moonlight Shadow

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 44MP dalam takuk (notch).

vivo Y75 dijual pada harga INR20,999 (~RM1,185) di India dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version