Site icon TechNave BM

vivo Y76 5G akan dilancar di Malaysia pada 23 November 2021

vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo V76 5G pada hari Selasa, 23 November 2021 jam 8:30 malam. Pelancaran tersebut bakal disiarkan secara langsung di laman Facebook, Lazada dan Shopee rasmi vivo Malaysia.

Setakat ini, vivo Malaysia telah mengesahkan beberapa spesifikasi asas tentang telefon tersebut iaitu pengecasan pantas 44W FlashCharge dan skrin berukuran 6.58 inci dengan resolusi Full HD+. vivo turut menjanjikan reka bentuk yang nipis serta kapasiti bateri besar.

vivo Y76 5G mungkin adalah vivo Y76s 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa. Pada awal bulan ini, vivo Y76s 5G telah dilancar di China di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810, RAM 8GB, kamera 50MP+2MP, bateri 4,100mAh, ketebalan 7.79mm dan berat 175 gram.

Adakah anda berminat dengan vivo Y76 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version