Site icon TechNave BM

vivo Y76 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.58″, 3 kamera AI 50MP, RAM sehingga 12GB berharga RM1,299

vivo Malaysia telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru iaitu vivo Y76 5G yang dilengkapi skrin Incell Full HD+, tiga kamera AI 50MP dan fungsi RAM tambahan yang boleh meningkatkan jumlah RAM keseluruhan sehingga 12GB. Ia turut mempunyai reka bentuk yang ringan, dengan berat 175 gram sahaja dan ketebalan 7.79mm.

Fungsi Extended RAM 2.0 pula membenarkan telefon untuk menggunakan sebahagian daripada storan dalaman (sehingga 4GB) sebagai RAM. Jika digabungkan dengan RAM asal yang mempunyai kapasiti 8GB, ini bermaksud RAM keseluruhan telefon boleh menjadi 12GB. vivo mengatakan kapasiti ini membenarkan vivo Y76 5G untuk membuka 25 aplikasi serentak.

Modul kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 16MP. Ia menawarkan beberapa fungsi seperti Mod Super Malam, Video Ultra Stabil, Kecantikan Wajah AI, Smart Softlight Band dan banyak lagi.

vivo Y76 5G turut menampilkan bateri berkapasiti 4,100mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 44W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y76 5G:

Pra-tempahan untuk vivo Y76 5G boleh dibuat di semua kedai konsep vivo, laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada sehingga 26 November 2021. Setiap pra-pesanan akan disertakan dengan hadiah percuma termasuklah rebat RM50, set wangian Vanzo Y76 5G (bernilai RM138), waranti lanjutan setahun dan perlindungan retak skrin selama setahun.

Ia akan dijual di pasaran bermula 27 November 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version