Site icon TechNave BM

vivo Y76s dapat pengiktirafan 3C, mungkin dilengkapi pengecasan pantas 18W

vivo telah melancarkan beberapa telefon pintar dalam siri vivo Y pada tahun ini seperti vivo Y20s G dan mereka akan terus melancarkan peranti dalam siri tersebut. Salah satu model vivo Y yang akan dilancar pada tahun ini adalah vivo Y76s yang mendapat pengiktirafan China Compulsory Certification (3C) dengan nombor model V2111A.

Telefon itu disahkan akan menyokong pengecasan pantas 18W. Telefon ini juga telah mendapat pengiktirafan untuk International Mobile Equipment Identity (IMEI) dan Central Equipment Identity Register (CEIR) dari India.

Selain vivo Y76s, satu lagi telefon vivo Y yang akan dilancar adalah vivo Y53L, namun masih tiada maklumat lanjut tentang spesifikasinya.

Setakat ini masih tiada maklumat lanjut tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version