Site icon TechNave BM

vivo Y77 5G bakal dilancar di Malaysia pada 7 Julai 2022

vivo Malaysia akan melancarkan siri Y terbaharu iaitu vivo Y77 5G pada Khamis ini, 7 Julai 2022 jam 7:07 malam. Pelancaran itu akan berlangsung melalui laman Facebook rasmi vivo Malaysia, Twitter, YouTube, TikTok, Shopee dan Lazada.

vivo Y77 adalah telefon pintar yang sesuai untuk keperluan harian setiap pengguna. Ia menawarkan ROM 256GB untuk ruang storan yang besar. Pengguna boleh menyimpan banyak imej, muzik atau memuat turun aplikasi.

Ia hadir dalam warna Starlight Black dan Glowing Galaxy sambil menampilkan permukaan matte kristal memberikannya kilauan seperti di langit malam dan memaparkan cahaya kemerahan yang sentiasa berubah jika dilihat dari sudut berbeza.

Anda boleh lawati Facebook rasmi vivo Malaysia untuk lebih banyak kemas kini secara langsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version