Site icon TechNave BM

vivo Y77 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 810, bateri 5,000mAh dan kamera 50MP pada RM1,299

Seperti yang diumumkan, vivo telah melancarkan vivo Y77 5G di Malaysia semalam. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 810. Ia dijual pada harga RM1,299 dalam dua pilihan warna iaiu Starlight Black dan Glowing Galaxy

vivo Y77 5G menampilkan skrin LCD IPS 6.58 inci dengan resolusi FHD+. Ia membawa bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, RAM 8GB dan storan 256GB. Tambahan pula, peranti ini mempunyai persediaan dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor makro 2MP manakala di bahagian hadapan menggunakan sensor 16MP untuk swafoto dan panggilan video.

Sekiranya anda berminat, peranti ini sedang dalam jualan pra-tempah dari 7 hingga 15 Julai dengan hadiah bernilai RM676. Terdapat satu lagi acara promosi dari 16 hingga 31 Julai yang memberikan anda hadiah bernilai RM378. Anda boleh melawati Shopee, Lazada atau pengedar sah vivo lain di seluruh Malaysia untuk mengetahui butiran mengenai vivo Y77 5G.

Di bawah merupakan spesifikasi lengkap vivo Y77 5G:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version