Site icon TechNave BM

vivo Y78t dilancarkan dengan paparan 120Hz, Snapdragon 6 Gen 1, 12GB RAM, kamera dwi 50MP

Baru-baru ini, peranti vivo dengan nombor model V2312BA telah dikesan dalam pangkalan data platform pensijilan China seperti 3C dan TENAA. Peranti tersebut kini telah dilancarkan secara senyap sebagai telefon pintar siri Y78 baharu yang dipanggil vivo Y78t di China.

vivo Y78t menampilkan panel LCD 6.64 inci yang menawarkan resolusi FHD+ 1080 x 2388 piksel, kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 240Hz. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian tepi kanan peranti dan ia menggunakan sistem operasi OriginOS 3.0 berdasarkan Android 13.

vivo Y78t dilengkapi cipset Snapdragon 6 Gen 1, LPDDR4x RAM, storan UFS 2.2 dan bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Peranti ini datang dalam tiga varian iaitu 8/128 GB, 8/256 GB dan 12/256GB. Di bahagian hadapan, vivo Y78t mempunyai kamera swafoto 8MP manakala bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 50MP, kanta bokeh 2MP dan denyar LED.

Peranti ini menawarkan ciri lain seperti dwi SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Y78t hanyalah versi penjenamaan semula iQOO Z8x yang mula diperkenalkan pada bulan Ogos di China. Varian 12/256GB berharga 1,499 Yuan dan hadir dalam pilihan warna hitam, putih serta hijau.

Namun, buat masa sekarang, vivo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ketersediannya dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version