Site icon TechNave BM

vivo Z6 dengan dual-mode 5G bakal hadir – Snapdragon 765G, sistem penyejukan bergred PC dan bateri 5000mAh

Terkini, vivo Z6 bakal hadir pada 29 Februari ini di China. Jika anda sudah terlupa, vivo Z5 terdahulu telah dilancarkan pada bulan Julai tahun 2019 dan masih berada di pasaran Malaysia.

vivo Z6 dikatakan bakal hadir dengan cipset Snapdragon 765G yang menyokong dwi-mod 5G. Bukan itu sahaja, ia turut dihuni sistem penyejukan bergred PC dengan bateri berkapasiti besar 5000mAH. Anda dapat lihat naik taraf pada cipset dan bateri peranti berbanding edisi yang sebelumnya, vivo Z5.

Gambar yang dimuat naik di Weibo memaparkan rekaan kamera skrin berlubang dan bakal tersedia dengan tiga pilihan warna. Namun, kami tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi berkenaan tetapan kameranya. Sumber melaporkan pra-tempahan di China untuk vivo Z6 bakal dibuka pada 29 Februari ini.

Memandangkan vivo Z5 hadir di Malaysia, semestinya anda boleh menjangkakan vivo Z6 bakal hadir di Malaysia. Kami akan memaklumkan maklumat rasmi mengenainya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version