Site icon TechNave BM

Volkswagen perkenalkan kereta konsep elektrik ID.X Performance dengan 550 kuasa kuda

Dalam satu langkah yang menandakan peralihan daripada teknologi konvensional kenderaan berprestasi, Volkswagen telah mendedahkan kereta konsep terbarunya iaitu ID.X Performance di Munich. ID.X Performance bukan sekadar kenderaan elektrik (EV) yang canggih tetapi ia bertemakan kuasa estetik dengan menggunakan model asas sedan ID.7.

ID.X Performance dibina pada seni bina MEB untuk kereta elektrik VW. Walau bagaimanapun, dengan motor elektrik berkembar, kereta itu mempunyai 550 kuasa kuda. ID.X Performance dilengkapi kapasiti pengecasan pantas DC sebanyak 200 kilowatt.

Walaupun kereta konsep tersebut belum menerima diberi kebenaran untuk pengeluaran, ia sudah pun menimbulkan buah mulut dalam industri. Pertunjukan Treffen di Locarno, Switzerland sehingga 9 September ini akan memperlihatkan kereta konsep ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Inside EVs

Exit mobile version