Site icon TechNave BM

VoLTE untuk Maxis kini rasmi, ini senarai telefon yang boleh guna VoLTE

Semalam, kami ada memaklumkan mengenai Maxis yang dilihat menerbitkan laman rasmi untuk servis VoLTE. Namun, atas sebab tertentu, Maxis memadam halaman tersebut. Terkini, Maxis secara rasminya telah menyediakan servis VoLTE untuk kualiti panggilan yang lebih baik.

Jika anda masih tidak tahu, VoLTE atau Voice Over LTE ini memberi kualiti panggilan yang lebih baik dan rangkaian yang lebih pantas. Ia mampu memberi kualiti audio panggilan umpama anda sedang bercakap dengan orang di sebelah anda, suara yang lebih jelas, pengurangan bunyi bising dan urusan panggilan yang pantas.

Menurut Maxis, anda boleh membuat panggilan dengan pantas, membuat panggilan sambil berada dalam talian, kualiti panggilan HD dan tiada sela masa untuk menukar dari panggilan biasa ke panggilan video.

Untuk pengetahuan anda, gambar di bawah adalah senarai telefon yang menyokong servis VoLTE.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh mencuba cara di bawah atau rujuk ke pautan ini. Walau bagaimanapun, cara mengaktifkan fungsi ini mungkin berbeza pada setiap lokasi tetapan di dalam telefon anda.

Cara aktifkan VoLTE:

Setting  Mobile Network Mobile Data > Enable Volte

Adakah peranti anda menyokong penggunaan perkhidmatan VoLTE? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maxis

Exit mobile version