Site icon TechNave BM

VR NerveGear mampu membunuh pemakai jika mati di dalam “game”

Pengasas platform Oculus Meta mungkin menghadapi masalah mencari sukarelawan untuk mencuba ciptaan terbarunya iaitu set kepala VR yang didakwanya boleh membunuh pemakainya. Peranti tersebut ialah NerveGear yang dicipta oleh pengasas Oculus, Palmer Luckey yang mampu meletupkan otak pengguna apabila mereka mati dalam game maya.

Ia kelihatan seperti set kepala biasa dengan tiga modul cas letupan yang menakutkan dihalakan pada tengkorak pengguna. Apabila pengguna mati di dalam permainan, modul akan meletup dan membunuh mereka serta-merta pada masa yang sama.

Luckey mengakui peranti itu belum siap sepenuhnya dan kemungkinan besar dia akan menghadapi masalah mendapatkan kebenaran untuk menggunakannya. Luckey, yang menjual firma Oculus kepada Meta untuk $3 bilion pada 2014 pada usia 21 tahun menggambarkan peranti ‘luar biasa’ itu dalam catatan blog.

Beliau berkata bahawa idea untuk mengikat kehidupan sebenar dengan avatar maya sentiasa menarik perhatian dan meningkatkan kepentingan ke tahap maksimum. Ia akan memaksa orang ramai untuk memikirkan semula bagaimana mereka berinteraksi dengan dunia maya dan pemain di dalamnya.

Peranti ini diilhamkan oleh Sword Art Online iaitu sebuah siri anime yang memaparkan permainan VR dengan nama yang sama. Ia boleh diakses dengan topi keledar dipanggil NerveGear yang merangsang lima deria pengguna melalui otak mereka. Dalam siri ini, pemain boleh mengalami dan mengawal watak dalam permainan mereka dengan fikiran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Daily Mail

Exit mobile version