Site icon TechNave BM

Pertandingan M2 Mobile Legends: Wakil Malaysia jelas punca kalah dalam “game” pertama

Pertandingan antarabangsa untuk game e-sukan popular M2 Mobile Legends di Singapura telah memulakan jadualnya pada hari Isnin dan pasukan Todak telah mewakili Malaysia dalam pertandingan itu. Malangnya, Todak tewas kepada pasukan Filipina, Omega Esports dalam perlawanan pertama dengan keputusan 2-0.

Wakil pasukan Todak, Zikry “Moon” Shamsuddin, mengatakan keputusan yang mengecewakan itu timbul kerana percanggahan jadual yang selalu diamalkan oleh ahli pasukan Todak.

Dalam sebuah temu ramah bersama Astro Arena, beliau menjelaskan bahawa perlawanan mereka dalam M2 Mobile Legends bermula pada jam 10:00 pagi, iaitu sesuatu yang agak berbeza daripada amalan pasukan Todak yang mula berlatih pada jam 12:00 tengah hari. Disebabkan mereka perlu bangun lebih awal daripada biasa, Zikry mengatakan prestasi kumpulan Todak tidak begitu bagus dalam perlawanan menentang Omega.

Todak selepas ini akan menentang pasukan dari Brazil iaitu DreamMax pada hari ini dan Zikry yakin Todak mampu menewaskan mereka. Anda boleh menonton siaran M2 Mobile Legends di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version