Site icon TechNave BM

Waktu operasi baharu foodpanda di seluruh Malaysia dalam tempoh PKPB

Terkini, selari dengan garis panduan baharu Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB), foodpanda telah mengumumkan waktu operasinya yang baharu. Pengumuman waktu operasi foodpanda baharu ini berkuat kuasa bermula hari ini.

Perkhidmatan foodpanda dan pandamart beroperasi pada pukul 5 pagi hingga 12 tengah malam di kebanyakan negeri. Anda perlu merujuk jadual yang dilampirkan dibawah memandangkan terdapat perbezaan waktu operasi mengikut negeri-negeri tertentu. Untuk mengelakkan kekeliruan, perlu diingatkan juga bahawa waktu tutup adalah berbeza dengan waktu pesanan terakhir.

LokasiWaktu BukaPesanan TerakhirWaktu Tutup
Sarawak 8.00am 7.00pm 8.00pm
Johor 8.00am 11.00pm 12.00am
Kedah 8.00am 7.00pm 8.00pm
Kelantan 8.00am 8.00pm 12.00am
Sabah 8.00am 6.00pm 7.00pm
Lembah Klang 8.00am 9.00pm 10.00pm
Melaka 8.00am 8.00pm 12.00am
Negeri Sembilan 8.00am 8.00pm 12.00am
Pahang 8.00am 8.00pm 12.00am
Penang 8.00am 8.00pm 12.00am
Perak 8.00am 8.00pm 12.00am
Perlis 8.00am 8.00pm 12.00am
Terengganu 8.00am 7.00pm 12.00am

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi foodpanda. Sentiasa patuh PKPB dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version