Site icon TechNave BM

Walaupun dengan larangan oleh AS, Huawei kekal mendahului Apple dalam jualan telefon pintar pada 2019

In this Dec. 11, 2018, photo, a man browses his smartphone outside a Huawei store at a shopping mall in Beijing. Chinese telecom giant Huawei Technologies says its sales rose about 18 percent in 2019 despite U.S. pressure to restrict its business. The estimate came Tuesday, Dec. 31, 2019 in an annual New Year's message to employees. The letter predicts a difficult year in 2020, saying that the U.S. (AP Photo/Andy Wong)

Tiga firma pengkaji pasaran utama Counterpoint, Canalys dan Strategy Analytics (SA) telah menerbitkan laporan mereka tentang rekod penjualan syarikat-syarikat telefon pintar untuk tahun 2019. Ketiga-tiga data mempunyai corak yang serupa dengan Samsung mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat yang paling banyak menjual telefon manakala Huawei kekal dalam kedudukan kedua, mengalahkan Apple yang berada di tempat ke-3.

Ini amat menarik kerana Huawei berjaya mengekalkan rekod penjualannya di atas Apple walaupun syarikat itu mengalami kekangan selepas kerajaan Amerika Syarikat bertindak mengenakan larangan dagangan ke atas Huawei.

Selain itu, Apple juga mengalami pengurangan dalam penjualan telefon pintarnya manakala kebanyakan jenama-jenama besar dari China seperti Xiaomi, vivo dan Realme mencatatkan peningkatan ketara.

Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan telefon pintar yang dijual pada 2019 adalah lebih sedikit berbanding 2018. Ini adalah kali pertama dalam industri telefon pintar di mana rekod penjualan turun untuk dua tahun berturut-turut. Dengan wabak koronavirus yang melanda sekarang, sukar untuk meningkatkan kembali penjualan telefon pada tahun ini.

Adakah anda telah menyumbang sedikit dalam rekod penjualan di atas? Beritahu kami apakah jenama pilihan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version