Site icon TechNave BM

Warcraft III: Reforged kini tiba dan tersedia untuk dimuat turun

Hari ini, game Warcraft III: Reforged yang ditunggu-tunggu telah kembali dan dilancarkan secara rasmi pada platform Battle.net. Untuk yang masih tidak tahu, game ini merupakan salah satu game kegemaran peminat Real-Time Strategy (RTS). Anda boleh membeli game ini dengan hanya $29.99 (lebih kurang RM122.38).

Mengenai penceritaannya, ia sama dengan yang sebelumnya seperti kedatangan Burning Legion, Arthas bertukar menjadi Lich King dan lebih naik taraf pada rupa bentuk unit, wira-wira dan bangunan. Untuk maklumat lanjut, kemunculan semula game ini hadir bersama Reign of Chaos dan The Frozen Throne. Menurut laman web rasminya, latar yang dipotong telah dirakam semula dengan alih suara yang dikemas kini. Jadi, ini agak menyeronokkan.

World Editor juga dimasukkan, jadi ini bermakna pembuat peta akan dapat mereka dan mengubah suai pelbagai mod game. Sama ada menara pertahanan, RPG, game survival atau mungkin Dota (hahaha). Penyesuaian pemain multiplayer juga kembali untuk veteran. Jika anda suka, anda juga boleh membeli edisi Spoil of War dan menerima beberapa skin wira untuk pemain multiplayer, World of Warcraft: Meat Wagon Mount dan cenderamata digital untuk beberapa game Blizzard.

Kelayakan minimum untuk Warcraft III Reforged adalah sekurang-kurangnya Windows 7, Intel Core i3-530 atau AMD Athlon Phenom II X4 910, NVIDIA GeForce GTS 450 atau AMD Radeon HD 5750, RAM 4GB, 30GB HD Space dan minimum resolusi paparan 800 x 600. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dicadangkan, anda boleh mengunjungi laman web di sini.

Majulah Lick King! Selamat maju jaya, semoga bergembira dan nantikan berita gaming terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Sudahkah anda mencubanya? Jangan lupa untuk beritahu kami di laman Facebook!

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version