HUAWEI Malaysia telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles stereo tulen (TWS) yang unik iaitu HUAWEI FreeClip dan HUAWEI WATCH GT 4 pada tahun lepas membawa harga RM899 untuk fon telinga dan RM1,099 untuk jam tangan pintar tersebut.
Fon telinga ini dilengkapi pemacu 10.8mm Dual-magnet High-sensitivity Driver Unit untuk menghasilkan audio yang berkualiti tinggi kepada telinga pengguna. Selain itu, ia turut mempunyai rating kalis air IP54 supaya ia sesuai digunakan walaupun dalam situasi berpeluh. Ia boleh didapati pada warna hitam dan ungu cair sahaja.
HUAWEI WATCH GT 4 pula mempunyai Activity Rings untuk jejak aktiviti harian dan kalori yang terbakar dalam diri anda. Ia juga mempunyai Mod Sukan Professional dan lebih 200 kursus kecergasaran percuma. Satelit GNSS binaan dalam dengan nama Sunflower GPS telah dinaik taraf mampu memberi ketepatan lokasi yang baik.
Pelancaran hari ini mengumumkan warna baharu bagi kedua-dua peranti di mana FreClip membawa warna tambahan Beige manakala WATCH GT 4 menampilkan warna hijau baharu iaitu Vert Green tanpa kenaikan harga.
Kedua-dua peranti ini boleh didapati di halaman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada serta ketahui lebih lanjut mengenai produk ini di Facebook atau Instagram. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

