Site icon TechNave BM

Warna baru Samsung Galaxy A71 di Malaysia: Haze Crush Silver berharga RM1,799

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan pilihan warna baharu untuk Samsung Galaxy A71 di pasaran Malaysia. Warna baharu yang mungkin menepati citarasa anda adalah Haze Crush Silver.

Warna Haze Crush Silver ini adalah tambahan dari warna sedia ada iaitu Prism Crush Blue, Prism Crush Black dan Prism Crush Silver. Perlu anda tahu bahawa walaupun memiliki tona kelabu yang seakan sama, namun Haze Crush Silver dan Prism Crush Silver adalah dua pilihan warna yang berbeza.

Warna Haze Crush Silver (baharu)
Warna Prism Crush Silver

Sepintas lalu, Samsung Galaxy A71 merupakan pernati kelas pertengahan Samsung dengan beberapa ciri peranti flagship. Antaranya adalah skrin Super AMOLED, sokongan pengecasan pantas dan RAM 8GB. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Samsung Galaxy A71 warna Haze Crush Silver kini tersedia di laman rasmi Samsung jika anda ingin mendapatkannya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version