Site icon TechNave BM

Watak jahat tidak boleh menggunakan iPhone dalam filem

Pernahkah anda melihat watak antagonis atau watak jahat dalam filem yang memegang iPhone? Terkini, sumber melaporkan seorang pengarah filem mendedahkan bahawa Apple tidak membenarkan produksi untuk membiarkan watak jahat menggunakan iPhone di dalam filem.

Hal ini didedahkan semasa perbincangan di antara Vanity Fair dan pengarah filem Knives Out (rujuk video di bawah pada minit 2:55). Kelihatannya, Apple benar-benar menjaga reputasi mereka walaupun dalam bidang hiburan.

Selepas ini mungkin kita boleh melihat dengan lebih terperinci, adakah watak antagonis atau jahat dalam filem memegang iPhone atau telefon pintar lain. Lontarkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Exit mobile version