Site icon TechNave BM

watchOS 10 hadir dengan muka jam baharu, widget dan reka bentuk semula aplikasi

Bersama-sama dengan iOS 17, Apple juga baru mengeluarkan kemas kini watchOS 10. watchOS 10 adalah versi terbaru sistem pengendalian jam pintar yang secara asasnya mengubah cara pengguna berinteraksi bersama Apple Watch dengan menggabungkan semula widget.

Kemas kini ini tersedia untuk Apple Watch Series 4 dan ke atas. Widget baharu termasuk Tindanan Pintar (Smart Stack) yang Apple tambahkan pada iOS 14. Ia merupakan fungsi himpunan widget yang boleh disesuaikan melalui pembelajaran mesin untuk memaparkan widget yang mungkin pengguna mahu lihat dan gunakan.

Ciri ini muncul apabila pengguna meleret ke atas dari bawah yang memaparkan widget dan ia merupakan sorotan ciri besar pada OS kali ini. Kelebihan kemas kini kali ini juga mengurangkan pengguna untuk menatal.

Apple juga membuat beberapa penambahbaikan pada latihan berbasikal seperti segerakkan aktiviti langsung ke telefon apabila ia dipasang pada bar hendal anda. Peningkatan Siri dalam kemas kini kali ini juga membolehkan anda bertanya terus kepada Siri pada jam tangan tentang data Apple Health peribadi yang sebelum ini tidak boleh diakses.

Sorotan kemas kini lain termasuk:

Model yang serasi dengan watchOS 10:

Kongsi pendapat anda tentang kemas kini watchOS 10 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version