Site icon TechNave BM

Waze akhirnya tambah ciri lampu isyarat dalam navigasi – Dilancar secara berperingkat

Waze dilaporkan mula melancarkan ciri baharu yang memaparkan lokasi lampu isyarat secara terus pada paparan navigasi aplikasi tersebut. Ciri tersebut sebelum ini dikesan dalam fasa ujian sejak Disember 2025 dan kini mula muncul kepada lebih ramai pengguna.

Melalui kemas kini baharu, pengguna akan melihat ikon lampu isyarat dipaparkan di sepanjang laluan navigasi dan juga pada paparan peta di kawasan tertentu. Bagaimanapun, ciri tersebut masih belum tersedia kepada semua pengguna kerana pelancarannya dilakukan secara berperingkat melalui pelayan Waze tanpa tetapan manual untuk mengaktifkannya.

Penambahan ciri baharu ini dilihat membantu pemandu menjangka titik berhenti lebih awal terutama ketika memandu di kawasan yang tidak dikenali. Selain meningkatkan kesedaran terhadap keadaan jalan, ia juga boleh membantu mengurangkan brek mengejut serta menjadikan pemanduan lebih lancar.

Namun, laporan awal menunjukkan liputan paparan lampu isyarat masih belum konsisten di semua kawasan. Ini kerana Waze banyak bergantung kepada data peta dan sistem kemas kini berperingkat berbanding pangkalan data tetap seperti yang digunakan pada platform navigasi lain.

Untuk semak sama ada ciri ini sudah tersedia, pengguna hanya perlu membuka Waze dan memulakan navigasi seperti biasa manakala ikon lampu isyarat akan muncul di sepanjang laluan yang dipilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reddit

Exit mobile version