Site icon TechNave BM

Waze Beacons kini berada di Malaysia untuk membantu pemandu di dalam terowong dan jalan bawah tanah

Pada hari ini, Waze sudah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi negara Asia Tenggara pertama yang dilengkapi Waze Beacons. Peranti berasaskan Bluetooth itu akan dipasang sekitar seksyen jalan bawah tanah berhampiran Tun Razak Exchange (TRX) untuk membantu panduan ke tempat letak kereta.

Dalam sebuah pengumuman bersama yang dibuat oleh Waze dan TRX City, Waze Beacons juga akan menunjukkan jalan dan lebuhraya yang mengelilingi kawasan tersebut, seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, dan Bulatan Kampung Pandan.

Akan tetapi, walaupun ia dinamakan Waze Beacons, ia bukanlah hak milik Waze dan sebaliknya dipasang dan dipunyai oleh TRX City itu sendiri. Perkhidmatan navigasi selain Waze juga boleh memanfaatkan peranti tersebut.

Peranti Waze Beacons ini masih dalam tempoh percubaan di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang peranti ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lowyat

Exit mobile version