Site icon TechNave BM

Waze kini dengan fungsi baru: Cara lebih mudah untuk tak salah masuk jalan dan banyak lagi

Untuk pengguna aplikasi Waze, berita ini mungkin adalah berita gembira untuk anda. Waze kini menambah beberapa fungsi baharu di aplikasi yang bakal memudahkan urusan perjalanan anda.

Berikut adalah ciri-ciri baharu dalam aplikasi Waze:

Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai ciri-ciri baharu ini di pautan Waze. Namun, ciri baru yang paling menarik bagi kami adalah Trip Suggestions dan Lane Guidance.

Trip Suggestions mencadangkan perjalanan anda dengan memaparkan maklumat seperti tempoh perjalanan, maklumat trafik dan masa sampai ke destinasi. Pemaparan maklumat adalah seperti pada gambar di atas.

Lane Guidance pula bukanlah ciri yang baharu dalam aplikasi peta lain seperti Google Maps, tetapi kini ia tiba di Waze. Fungsi ini akan memberitahu pemandu jika ianya adalah lorong untuk memasuk lebuh raya dan sebagainya.

Adakah anda sering menggunakan Waze? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version