Site icon TechNave BM

WhatsApp akan benarkan anda simpan Mesej Menghilang

Mesej Menghilang (Disappearing Messages) adalah sebuah fungsi dalam WhatsApp yang membenarkan pengguna untuk menghantar mesej yang akan dipadam secara automatik selepas tempoh yang tertentu. Sungguh pun begitu, WhatsApp akan memperkenalkan sebuah fungsi baharu yang membenarkan pengguna untuk simpan Mesej Menghilang sebelum ia dipadamkan secara automatik.

Menurut WABetaInfo, fungsi tersebut bernama Kept Messages (Mesej Disimpan) dan kini ia sedang diuji secara beta dalam platform iOS dan Android. Ia akan turut ditawarkan dalam versi komputer apabila ia dilancar nanti.

Fungsi Kept Messages ini bertujuan untuk memudahkan pengguna menyimpan mesej, jika penghantar mesej telah mengaktifkan Mesej Menghilang secara tidak sengaja sewaktu menghantar mesej.

Contoh Kept Messages dalam info sembang WhatsApp
Maklumat tentang Mesej Menghilang

Dalam aplikasi WhatsApp, fungsi Kept Messages boleh diakses melalui info sembang individu atau kumpulan. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang pelancaran fungsi ini untuk orang awam.

Adakah anda berminat untuk menggunakan fungsi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version