Site icon TechNave BM

WhatsApp akan benarkan anda untuk sembunyikan status “online”

Jika anda merupakan seorang pengguna WhatsApp yang mementingkan privasi, anda mungkin tidak mahu orang lain mengetahui status anda, sama ada anda sedang dalam talian (online) atau luar talian (offline).

Kini WABetaInfo melaporkan bahawa WhatsApp sedang membangunkan fungsi untuk menyembunyikan status talian daripada dilihat oleh orang lain. Dalam sebuah tangkapan skrin untuk tetapan WhatsApp, terdapat seksyen baharu yang menunjukkan Who Can See When I’m Online (Siapa yang boleh lihat status dalam talian saya).

Terdapat dua pilihan iaitu Everyone (semua orang) atau Same As Last Seen (Sama seperti kali terakhir dilihat). Jika pilihan kedua yang dipilih, ia akan sama dengan tetapan Who Can See My Last Seen, sama ada ada semua orang atau hanya kenalan anda.

Tangkapan skrin ini diambil daripada versi beta untuk iOS, namun WhatsApp juga merancang untuk memperkenalkan fungsi sama dalam versi Android dan Desktop. Setakat ini masih belum diketahui bilakan ia akan dilancar untuk pengguna umum.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version