Site icon TechNave BM

WhatsApp akan benarkan anda untuk senyapkan ‘chat’ berkumpulan selama-lamanya

Anda mesti pernah dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan chat dalam WhatsApp yang anda tidak ingin menerima pemberitahuan (notification) daripadanya. Namun WhatsApp hanya membenarkan pengguna untuk senyapkan (mute) pemberitahuan selama setahun, kemudian selepas tempoh setahun berlalu, pengguna perlu menetapkan semula tetapan senyap itu.

Nampaknya sebuah kemas kini baru dalam WhatsApp mungkin akan membenarkan pengguna untuk mematikan pemberitahuan daripada chat berkumpulan buat selama-lamanya. Menurut sumber, sebuah pilihan yang sebelum ini diletakkan sebagai “1 Year” (setahun) telah diganti dengan “Always” (sentiasa).

Kemas kini ini masih lagi dalam peringkat ujian Google Play Beta Program jadi mungkin ada masa lagi sebelum pengguna awam boleh menerima fungsi ini dalam telefon mereka. Sebelum ini, terdapat sebuah kemas kini yang membenarkan WhatsApp untuk digunakan dalam beberapa peranti serentak.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version