Site icon TechNave BM

WhatsApp henti berfungsi dalam pelbagai telefon lama bermula November 2021, termasuk iPhone 6S

Dalam masa sekitar dua bulan lagi, WhatsApp akan menghentikan sokongan untuk pelbagai telefon pintar lama, di mana aplikasi pemesejan itu tidak lagi boleh digunakan dalam telefon-telefon terlibat. Bermula 1 November 2021, WhatsApp akan menamatkan sokongan untuk 43 buah telefon pintar lama.

WhatsApp memerlukan telefon pintar untuk dilengkapi sistem operasi sekurang-kurangnya Android 4.1 atau iOS 10. Berikut adalah senarai telefon yang tidak boleh digunakan bermula bulan November akan datang:

Apple

iPhone SE, 6S dan 6S Plus

Samsung

Samsung Galaxy Trend Lite, Galaxy Trend II, Galaxy SII, Galaxy S3 mini, Galaxy Xcover 2, Galaxy Core dan Galaxy Ace 2

HUAWEI

Huawei Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S dan Ascend D2

LG

LG Lucid 2, Optimus F7, Optimus F5, Optimus L3 II Dual, Optimus F5, Optimus L5, Optimus L5 II, Optimus L5 Dual, Optimus L3 II, Optimus L7, Optimus L7 II Dual, Optimus L7 II, Optimus F6, Enact , Optimus L4 II Dual, Optimus F3, Optimus L4 II, Optimus L2 II, Optimus Nitro HD and 4X HD dan Optimus F3Q

Sony

Sony Xperia Miro, Sony Xperia Neo L dan Xperia Arc S

ZTE

ZTE Grand S Flex, ZTE V956, Grand X Quad V987 and Grand Memo.

Lain-lain

Alcatel One Touch Evo 7, Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Faea F1 dan THL W8

Jika anda menggunakan mana-mana telefon di atas, anda perlu membeli telefon yang lebih baru untuk menyambung penggunaan WhatsApp. Seelok-eloknya, anda membeli telefon yang dilengkapi sistem operasi terkini iaitu Android 11 atau iOS 14.

Sebelum menukar telefon, pastikan anda membuat sandaran (backup) untuk semua mesej anda. Baru-baru ini, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi yang membenarkan fungsi sandaran mesej di antara iOS dan Android bagi memudahkan pengguna kedua-dua sistem.

Beritahu kami di Facebook jika anda masih menggunakan telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Metro UK

Exit mobile version