Site icon TechNave BM

WhatsApp akan berhenti beroperasi dalam iOS 10 dan 11 mulai 24 Oktober 2022

WhatsApp merancang untuk menamatkan sokongan bagi perisian iOS 10 dan 11. Pemberitahuan baharu pada WABetaInfo menggesa pengguna iPhone untuk memasang versi sistem pengendalian mudah alih terkini untuk terus menggunakan aplikasi tersebut selepas 24 Oktober. 

WhatsApp mengesyorkan iOS 12 sebagai garis dasar dalam penggunaan WhatsApp untuk pemilik iPhone. Bagi pengguna iPhone 5s, iPhone 6 atau iPhone 6s, anda masih boleh terus menggunakan WhatsApp pada peranti anda, tetapi pemilik iPhone 5 dan 5c perlu mempertimbangkan untuk menaik taraf kepada telefon bimbit baharu.

Memandangkan iPhone 5dan iPhone 5c sudah pun dilancar lebih daripada sedekad lalu, tidak ramai yang masih menggunakannya dan tindakan daripada WhatsApp ini mungkin tidak menjejaskan ramai orang. Sungguh pun begitu, WhatsApp masih mempunyai jutaan pengguna dan segelintir daripada mereka mungkin masih menggunakan dua peranti tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Wabetainfo 

Exit mobile version